mylefthanded

Sunday, April 5, 2020


6/4/2020 - Ahad
PKP ke 22

Alhamdullillah..masih lagi diberi kesihatan untuk bersama keluarga tercinta. PKP yang masih berterusan terus membuatkan rakyat Malaysia terus resah menunggu keputusan kerajaan tentang perkembangan wabak pandemik ini. Aku seperti biasa terus mengadap komputer riba nie sambil cuba fikirkan apa yang boleh aku explore satu ilmu yang baru walaupun ada ramai orang kat luar sana yang dah tau apeyg aku nk belajar ni..
Rasanya kali nie aku xformal la nk tulis apepun..yela budak baru nk up.nak tulis apeyg tersirat dalam pale ni dalam 10 hari lebih untuk di isi..(apeyang aku tulis nie..adoiii). ok..ape kene mengena gambar kat atas tu dengan isu sekarang??aku rindu waktu bekerja aku dengan suasana sekolah yang stress dengan perangai giler2 kawan2 aku. By the way dont judge me 1st.. I am family man. Dorang adalah benda yang utama untuk aku. sebab tue wife aku tanya nape aku tak macam orang lain yang sibuk lepak ngn kawan2 kat luar siang malam. Sebab aku bukan macam tue..senang je jawapan aku. aku mudah gelisah kalau duduk lama2 dalam satu tempat. apepn aku tetap ingat family aku kat mana aku pergi..
Tempat keje aku mungkin adalah tempat ke2 selepas umah aku..sebagai guru mp, guru disiplin, guru sukan dan sebagai pembersih kawasan aku tetap bersyukur berada disini..2015 sampai sekarang..kire lama jugak tu. Jatuh bangun aku untuk mematangkan aku sejak 1st posting di Selangor..aku rasa disini aku dapat banyak benda yang buat aku kene belajar. sorang2 rakan baik keluar samada pindah@bersara buatkan kami yang tinggal nie terpaksa bertahan dengan kelebihan masing2..its life..biasalah..
sejujurnya waktu yang aku ada nie memang aku amat menghargai apeyang aku ade..aku hargai sumeni sebelumni tp apeyg jadi kalini lebih buatkan aku lebih menghargai..bayangkan kalau aku kene wabak ni..disahkan positif..kene kuarantin 14 hari..kalau teruk mungkin tula kali terakhir aku lihat family aku dari jauh..mintak dijauhkan sume tu..fuhhhh
Semoga kisah pandemik nie akan berlalu sepantas angin yang dihembus..aku tak nak hirup pn angin ni..biarlah die terbang jauh kuar dari muka bumi kite. aku doakan kite sume dilindungi Allah

Friday, March 27, 2020

mylefthanded1984: OUTBREAK!!!..COVID 19..

mylefthanded1984: OUTBREAK!!!..COVID 19..: بسم الله الرحمن الرحيم 27 Mac 2020.. Perintah Kawalan Pergerakan @ Movement Control Order yang ke - 10 (bermula pada 18 Mac) ..hari ya...

OUTBREAK!!!..COVID 19..


بسم الله الرحمن الرحيم

27 Mac 2020..Perintah Kawalan Pergerakan @ Movement Control Order yang ke - 10 (bermula pada 18 Mac)..hari yang penat untuk ditempuh oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Peningkatan pesakit yang dijangkiti dan kematian yang bertambah menunjukkan betapa bahaya tentera kecil ini menyerang penduduk bumi saat ini.

Itali, Amerika Syarikat, Sepanyol, Iran dan banyak lagi negara mula menunjukkan peningkatan data pesakit yang dijangkiti virus ini..Untuk negara kita Malaysia, pelbagai langkah drastik telah diambil dengan pelbagai polisi kerajaan untuk membantu rakyat telah digerakkan.. TAHNIAH PERDANA MENTERI dan Barisan Kabinet Malaysia dalam menangani pendamik yang semakin menular..

Dalam kita bercakap tentang polisi kerajaan, langkah-langkah keselamatan dari pihak berkuasa..ada satu lagi kumpulan yang kita jangan lupa iaitu barisan hadapan yang terdiri daripada DOKTOR, JURURAWAT, PEMBANTU HOSPITAL, PETUGAS SUKARELA di hospital yang bertungkus lumus, bersabung nyawa membantu pesakit2 ini. Kita doakan mereka sentiasa di dalam perlindungan Allah..Amin

#stayathome
#pray4malaysia
#pray4world
#kepadaAllahtempatmemohonperlindungan