mylefthanded
Friday, March 27, 2020
mylefthanded1984: OUTBREAK!!!..COVID 19..
mylefthanded1984: OUTBREAK!!!..COVID 19..: بسم الله الرحمن الرحيم 27 Mac 2020.. Perintah Kawalan Pergerakan @ Movement Control Order yang ke - 10 (bermula pada 18 Mac) ..hari ya...
OUTBREAK!!!..COVID 19..
بسم الله الرحمن الرحيم
27 Mac 2020..Perintah Kawalan Pergerakan @ Movement Control Order yang ke - 10 (bermula pada 18 Mac)..hari yang penat untuk ditempuh oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Peningkatan pesakit yang dijangkiti dan kematian yang bertambah menunjukkan betapa bahaya tentera kecil ini menyerang penduduk bumi saat ini.
Itali, Amerika Syarikat, Sepanyol, Iran dan banyak lagi negara mula menunjukkan peningkatan data pesakit yang dijangkiti virus ini..Untuk negara kita Malaysia, pelbagai langkah drastik telah diambil dengan pelbagai polisi kerajaan untuk membantu rakyat telah digerakkan.. TAHNIAH PERDANA MENTERI dan Barisan Kabinet Malaysia dalam menangani pendamik yang semakin menular..
Dalam kita bercakap tentang polisi kerajaan, langkah-langkah keselamatan dari pihak berkuasa..ada satu lagi kumpulan yang kita jangan lupa iaitu barisan hadapan yang terdiri daripada DOKTOR, JURURAWAT, PEMBANTU HOSPITAL, PETUGAS SUKARELA di hospital yang bertungkus lumus, bersabung nyawa membantu pesakit2 ini. Kita doakan mereka sentiasa di dalam perlindungan Allah..Amin
#stayathome
#pray4malaysia
#pray4world
#kepadaAllahtempatmemohonperlindungan
Subscribe to:
Posts (Atom)
